Thursday, March 5, 2009
Plot & Karektor
PLOT / STRUKTUR
1. Mudah
2. Novel boleh dibaca secara santai tanpa plot yg berbelit-belit atau sukar difahami
3. Kompleks
4. Perjalanan cerita yang rumit tetapi masih boleh diterima asalkan boleh dihayati oleh pembaca
5. Haruslah mempunyai kronologi yang munasabah
6. Jika terlalu kompleks, dari segi komersial tidak berbaloi tetapi tinggi nilainya daripada segi astetika seni sastera
7. Mesti ada kesinambungan cerita
8. Struktur penceritaan tidak semestinya logik (novel sains fiksyen / futuristik) tetapi masih boleh diterima pembaca
9. Cerita tidak boleh melompat dari satu plot ke plot yang lain tanpa ada pertalian di antara plot atau kesudahan yang wajar
KAREKTOR / WATAK
Watak boleh dihuraikan seperti berikut:
1. Sifat zahirnya
1. Bentuk fizikal sama ada ketinggian, bentuk badan, stail/gaya, rambut, cara berjalan, bertutur dsb
2. Kediaman sama ada rumah papan beratap nipah kampung, rumah batu beratap genting di bandar, pangsapuri, apartmen, banglo, rumah semi-D di kota dll
3. Kenderaan sama ada motosikal, kereta, van, lori dsb
4. Pemilihan pakaian, aksesori (terutama perempuan) dll
2. Perwatakan / perangainya
1. Sama ada sombong, berani, kelakar, kedekut, pendiam, pemalu, penakut dll
2. Kegemaran atau kesukaannya seperti membaca, melukis, bersiar-siar dsb
3. Makanan / minuman kesukaan
4. Warna pilihan
5. Tabiat, contohnya bermain-main dengan hujung rambut, menggosok hidung atau menggaru tengkuk dll
6. Aspek lain dari segi suara, cara berpakaian (penampilan fizikal)
7. Perkara yang menjadi kebenciannya
8. Watak yg diketengahkan samasa dianiaya atau berkonflik
9. Nama-nama yang menarik, moden / lama (sesuai cerita) dan ada nilai komersial
Saturday, February 21, 2009
Novel Terbaru
.jpg)
Novel ini juga mempunyai jalan cerita yg 'segar' dan bagi saya sungguh 'memikat' kerana jalinan plotnya yang bersahaja, tidak terlalu menurut corak atau pattern yang lazim. Malah saya membina plot berperingkat-peringkat dan mengikut 'kerenah' watak itu sendiri. Ini bererti, persembahan dalam novel ini lebih menjurus kepada 'perjalanan ke arah realiti'. Ia juga menggabungkan tiga kisah cinta sebenar yg terjadi sekitar setahun yg lalu. Mudah-mudahan garapan saya kali ini benar-benar 'menyengat'....
Monday, February 9, 2009
Penumbral Eclipse 090209
Pada malam ini, sekitar jam 8.45 malam, selama 4 jam, akan berlaku Penumbral Eclipse of the Moon. Ia boleh dilihat terutama di sebelah barat Lautan Pasifik. Bahagian atas bulan akan kelihatan gelap. Jika anda di bahagian utara bulan dan memandang ke arah bumi, anda akan dapat saksikan gerhana matahari. Untuk efek sebenar (gerhana matahari di atas bulan), dan pengalaman menaiki sky-lift anda boleh baca novel saya 'Impian Terindah' (terbitan Alaf 21 Sdn Bhd) yang telah mengambil masa 5 bulan research dengan data-data yang saya perolehi daripada NASA. Walaupun ia novel bercorak futuristik sains fiksyen yang disuntik dengan elemen percintaan, semua fakta adalah benar berdasarkan teori dan penemuan teknologi masakini.Sunday, December 28, 2008
Tentang "arca Kasih'
Arca Kasih (2003) adalah kesudahan novel pertama saya, Arca Impian (1994) & Arca Impian II (1998). Ilham untuk novel Arca Impian lahir secara tiba-tiba sewaktu saya membantu jiran menjual kuih-muih pada tahun 1980.Satu ketika, di hadapan saya melintas seorang lelaki yg boleh dikatakan segak. Dia membimbit baldi, penyapu dan beberapa peralatan rumah yg lain. Beberapa langkah di belakangnya, berjalan seorang wanita Inggeris berambut blonde. Adegan ini saya abadikan di dalam novel Arca Kasih.
Hendak tahu kisah menarik tentang novel ini? Nama heronya, Asmawi. Manakala heroinnya, Norasyikin. Mereka mengalami pelbagai rintangan dalam percintaan sebelum berjaya mencapai impian. Sikap Nora yg agak 'keras kepala' umpama cabaran bagi Asmawi untuk memikatnya.
Saya terpanggil untuk berbicara tentang novel ini sempena perkahwinan Mawi-Ekin seminggu yg lalu. Sungguh ironik sekali kerana nama mereka sama dengan watak-watak utama di dalam novel yg saya tulis (kali pertamanya) 28 tahun lalu!!
Monday, October 27, 2008
Novel Nukilan 3L
BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan yang esok belum pasti?
Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.Bagaimana dengan Meriam?
KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!Monday, October 20, 2008
Arjuna Hati (2004)
Saya sering ditanya, di antara novel yg pernah saya tulis, yg manakah yg paling saya gemari? Jawapannya, ARJUNA HATI. Apa yg lebih menarik, di belakang cover novel ada kata2 Prof. Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya:
Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yg lebih menarik peristiwa2nya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri2 di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.
Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita semakin berani menjalankan eksperimen supaya para pembaca akan terdedah kepada proses globalisasi. Seringkali novel lebih berjaya memperkaya pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati sanubari manusia, manakala sejarah yg biasa disampaikan secara amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dapat mewujudkan perspektif yg real.
Mudah-mudahan Norzailina Nordin akan memperkenalkan pula tema2 lain yg akan membawa pembacanya ke dunia baru - lain daripada yg lazim mereka temui.
Sinopsis
Ikuti maklumat lanjut tentang novel ini:Terbitan : Alaf 21 (2004)
Setebal : 400 mukasurat
Harga : RM14
Watak
1. Azahari (Sales Exec Sykt.Peralatan Sukan)
2. Natrah (sepejabat dgn Azahari)
3. Serena Swanson (arkeologis)
4. Alex Foxworth (ahli perniagaan)
Lokasi
Tanah Melayu sekitar 1854 hingga kini (Kuala Lumpur)
Zaman Victoria England hingga kini
Nota Menarik
Berdasarkan kisah benar keluarga NY yang diceritakan oleh neneknya
Membaca tentang kerja-kerja arkeologis di perpustakaan
Pengalaman berada di luar negara sekitar 1980-83
Melakukan penyelidikan sejarah secara terperinci di internet
Sinopsis
Dalam usaha Azahari membongkar misteri harta pusaka moyangnya Shabudin di York, England, dia telah terjerat dalam cinta terhadap Serena, anak gadis Swanson, peguam yang diamanahkan untuk menguruskan harta pusaka tersebut. Kerana menyedari dia bakal berhadapan pelbagai dugaan di rantau orang, Azahari menyediakan diri selengkapnya demi rasa tanggung jawab terhadap keluarga dan keturunan terdahulu. Namun berhasilkan misi pencarian Azahari terhadap pusaka tersebut? Bagaimana pula perasaan cintanya terhadap Natrah yang muncul pada saat-saat dia terpaksa menghadapi pembedahan kerana ulser yang serius.
Friday, September 5, 2008
Tawaran Istimewa!!
Inilah julung-julung kali saya menawarkan novel KONFLIK TERAKHIR - Sewangi Kasih pada harga diskaun...Novel terbitan Times Editions ini adalah setebal 558 mukasurat. Harga asalnya RM33 tetapi kini dapatkan terus daripada saya pada harga RM15 (termasuk belanja pos) dan disertakan tandatangan sekali!Sinopsis:
Kedatangan Junita ke Pesona I.D. menemukannya dengan Farid, bosnya yg muda dan kacak itu, tetapi tidak disenangi oleh Nik Anura yg sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farid. Namun Junita tidak gentar bersaing dan akhirnya dapat menawan hati jejaka itu.
Sanggupkah Nik Anura yg licik itu berdiam diri di Sydney dan merelakan Junita bahagia bersama Farid? Bagaimanakah pula reaksi lelaki itu apabila mengetahui Junita rapat dengan Hazriq ketika dia melanjutkan pelajaran (Masters) di London?
Konflik menjadi semakin tegang apabila keadaan memaksa Farid mendampingi Zaiton (seorang single mom) tatkala wanita itu mengalami masalah. Bagaimanakah kesudahan persengketaan ini? Novel ini pastinya akan menggetarkan naluri dan meruntun perasaan. Ada kesudahan yg memeranjatkan dan teka-teki yg akan terjawab akhirnya.
Untuk membuat pesanan
Sila hantar emel kepada norzailina@yahoo.com dan sertakan alamat penuh anda (atau kawan, sekiranya hadiah untuk mereka). Saya akan berikan butir-butir lanjut tentang kaedah pembayaran. Terima kasih.
Sunday, June 22, 2008
Resensi DBP

Pagi Sabtu di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Acara bermula jam 10 pagi. Saya memberi ulasan tentang novel karya Ali Jusoh, 'Antara Dendam dengan Perjuangan'. Setebal 717 muka surat, ia mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah menentang penjajahan Inggeris. Kisah bermula ketika Clifford menjadi Residen di Pahang (1902) hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Saya juga membentangkan novel 'Impian Terindah' dan berkongsi pengalaman dengan khalayak pendengar. Terima kasih pada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana memberikan peluang di majlis sedemikian. Pn Aizan (Keua PDM) menyampaikan cenderahati selepas tamat majlis. Sebahagian peserta yang tekun mendengar dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan penulisan.

Saturday, June 21, 2008
Novel Dhiya Zafira
Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi perlarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat merbahaya namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.
Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka.
Bila manusia berselubungkan hati dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Mampukah Adni menemui cintanya semula?Adni - Kudamba Bahagia bersamamu. Selagi RINDU BELUM BERHENTI, aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.
Tahniah buat rakan novelis, Dhiya. Jom dapatkan di kedai! Pasti tidak kecewa membacanya...
Thursday, June 19, 2008
Masuk penjara...
Jam 9 pagi kelmarin saya ke Penjara Wanita Kajang. Inilah kali kedua novelis Alaf 21 dijemput untuk menjayakan Bengkel Penulisan untuk penghuni di situ. Hanya mereka yg berminat hadir. Ketika bertanya, saya diberitahu bahawa ramai di kalangan mereka yg mengikuti bengkel pada tahun lalu sudah dibebaskan. Jadi, saya harap mereka akan cuba berjinak-jinak dengan dunia penulisan.Sebagai perbandingan, seramai 1670 penghuni sedang ditahan di sana. Hanya sebanyak 365 orang rakyat tempatan! Jadi, fikir2lah sendiri...Mereka diberi kemahiran yg akan membantu bila keluar dari situ. Antaranya, mendandan rambut, membuat & menghias kek, makanan frozen, sauna, menchanting batek, menjahit dll. Hasil kraftangan mereka dijual kepada pelawat.


Novelis Alaf 21 sedang mendaki untuk sampai ke pintu utama penjara. Kelihatan En Hashim Anang (dari Karangkraf) sedang rancak bercerita. Novelis2 (Lily, Rose, Meen Zulaika, Liza Zahira)disambut dengan mesra & girang oleh pegawai2 yg lengkap beruniform coklat, topi hitam. Ke mana2 kami pergi, kumpulan penghuni akan melaungkan "Selamat pagi, puan!" dengan kuat. Di situ ada gelanggang tenis. Suasana persekitaran begitu damai dan tenang.


Pemandangan bahagian pintu masuk utama ke Penjara Wanita & Lelaki (berasingan). Setiap koridor/laluan di dalam penjara berpintu pagar yg dikunci sepanjang masa & memerlukan kad identiti untuk membukanya. Penghuni berbaju merah adalah untuk tahanan lama manakala putih adalah untuk jangkamasa singkat. Ada juga berbaju ungu cerah dan hijau. Ketika kami pulang, ada kemasukan baru ke penjara. Seorang wanita muda yg dikenakan hukuman penjara sebulan kerana mencuri tudung. Wajahnya pucat & dia hampir rebah ketika berjalan. Mungkin trauma kerana terpaksa menjadi penghuni di situ...
Saturday, June 14, 2008
Jom ke DBP
Buku-buku yg bakal saya ulas adalah:
Marilah sama-sama kita menjayakannya...!!
Friday, June 6, 2008
Soal Selidik
1. Umur : …………………….
2. Tempat tinggal :…………...
3. Pendapatan sebulan : …………
4. Bilangan anak & umur : ……………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
5. Tarikh berpisah dengan suami : ………………..
6. Tempat tinggal bekas suami : …………………..
7. Berapa lama proses perceraian :
(a) Kurang 5 bulan
(b) Antara 6-12 bulan
(c) Lebih setahun
8. Adakah suami memberikan nafkah bulanan untuk anak-anak?
(a) Ya
(b) Tidak
9. Adakah nafkah tersebut mencukupi?
(a) Ya
(b) Tidak
10. Berapa kerap bekas suami berhubung dengan anak-anak?
(a) Kurang 5 kali sebulan
(b) Antara 6-10 kali sebulan
(c) Lebih 11 kali sebulan
11. Adakah bekas suami berkahwin lain?
(a) Ya
(b) Tidak
(c) Tidak tahu
12. Bagaimana perhubungan anda dengan bekas suami?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
13. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan bapa mereka?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
14. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan ibu tiri (jika ada)?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
15. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan datuk/nenek sebelah bapa mereka?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
16 Berapa kerap anda menghubungi bekas suami untuk berbincang hal anak-anak?
(a) Kurang 5 kali sebulan
(b) Antara 6-10 kali sebulan
(c) Lebih 11 kali sebulan
17. Pernahkah suami membawa anak-anak bercuti bersama keluarga barunya?
(a) Pernah
(b) Tidak pernah
18. Adakah anda berpendapat perhubungan anak-anak dengan bekas suami boleh
diperbaiki lagi?
(a) Ya
(b) Tidak
19. Siapakah yang anda hubungi jika ada masalah dengan bekas suami?
(a) Jiran
(b) Kawan-kawan
(c) Saudara-mara
(d) Adik-beradik
20. Sila beri komen (jika ada) : ………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………
Terima kasih kepada semua yg menjayakan survey ini.
Thursday, June 5, 2008
Update...
http://rajamenangis.blogspot.com/2008_03_01_archive.html
~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*~
Thursday, May 29, 2008
Malam di Dataran

Bagi mereka yg pernah membaca novel terbaru saya, Menanti Kasih, tentu tahu bahawa Kamel (hero kedua) ada bertemu dengan Farhana (heroin) di Dataran Merdeka. Beginilah panorama sekitar tempat itu pada waktu malam. Cahaya jutaan lampu-lampu kecil serta berwarna-warni memang indah. Bangunan Sultan Abdul Samad telah direka oleh A.C.Norman, dibina pada 1894, bercirikan senibina Moor. Bila menara di situ berbunyi, bibit nostalgia akan menghambat rasa kerana di situlah juga, tepat 31 Ogos, berkumandang laungan 'Merdeka' dari ribuan warga kota...


Monday, May 19, 2008
170508 Event
Sungguh terharu (& tak percaya) bila beberapa teman novelis berpakat mengadakan sambutan ulangtahun saya sekaligus soft-launch novel Menanti Kasih yg baru terbit. Ia berlangsung dalam suasana santai dan penuh ceria. Terima kasih yg tidak terhingga untuk semua yg sudi memeriahkan majlis dan beramah mesra sambil menjamu selera. Teristimewa buat Lynn, Eka, Rose, Dhiya, Lily Suriani, Lily Haslina & Laila.
Novelis yg hadir bergambar bersama Junaidix, En Norden (Pengurus Besar Alaf 21) & Mersik (penulis novel bersiri Dol Leman). Saya bersama Junaidix (boss Msjbox) & wife terchenta, Carneyz yg sangat loving gitu. Meskipun terlewat, tetap happening...


Saya diapit Mersik (orang kuat Alaf 21 Fan Club) & Shali (dia & saya baru selesai menulis sebuah novel epik-sejarah). Kiri : AprilSnow, Silencez & NickyAzrai (forum cari.com) turut menceriakan suasana...thanks a million! 

Teman2 yg meraikan, bersama Shaidah. Carriekirana berkongsi buah fikiran. Dia datang bersama rakan (kiri). Dr. Ana Maria (thanks kerana bawa Menanti Kasih untuk ditandatangani). Kehadiran kalian amat bererti buat saya. Ia sekaligus jadi medan untuk bertukar2 fikiran ke arah kebaikan & meningkatkan persefahaman di antara pembaca & penulis. Begitulah kira-kira.

Mengabadikan kenangan beramai-ramai di majlis santai namun penuh makna. Kiri: Puteri2 saya bersama puteri Lily & Eka serta Sunti sangat ringan tulang membantu apa yg patut. Seronok melihat mereka menyakat Haiqal, hehe...
Friday, May 9, 2008
Sambungan Penulisan
9.1 Datang dan hantar sendiri dengan tangan
9.2 Kirim dengan Poslaju/DHL dll
9.3 Membuat temujanji untuk bertemu Editor (hubungi melalui telefon terlebih dulu) di Pesta Buku, contohnya atau di pejabatnya atau di mana-mana tempat yg sesuai
9.4 E-mel kepada Editor (hanya untuk novelis tertentu yg tinggal di luar negara, misalnya, atau penulis tidak dapat menyerahkan sendiri atas sebab2 kesihatan, contohnya)
10. Surat penyesahan penerimaan
Sediakan 2 keping Surat Pengesahan Penerimaan. Satu untuk simpanan sendiri, satu untuk diserahkan pada Penerbit setelah ditandatangani oleh orang yang menerima manuskrip tersebut. Ia adalah BUKTI BERTULIS antara novelis dan Penerbit. Dengan adanya bukti tersebut, Penerbit tidak boleh menciplak karya atau menerbitkan secara senyap-senyap (selepas menukar nama novelis) tanpa memberikan bayaran pada novelis.
11. Langkah seterusnya
Prosedur setelah selesai menulis.
11.2 Berikan pada rakan baik untuk dibaca (seelok-eloknya, 150 mukasurat
pertama) untuk mendapatkan pandangan/rumusan atau penyudah novel
yang lebih mantap atau sesuai
11.3 Print seluruh manuskrip, binding, cover berkertas keras yang lain (plastik atas sekali)
12. Bila ada perubahan pada manuskrip
Editor akan memanggil anda ke pejabat atau menelefon untuk berbincang. Dia mungkin
akan cadangkan perubahan atau pengolahan semula. Apa perlu anda buat?
12.1 Bincang jika anda rasa, anda di pihak yang benar (merujuk pada novel)
12.2 Lakukan sebagaimana yang dipinta
12.3 Jangan ambil lebih dari 7 hari untuk membuat perubahan/rombakan atau
pemotongan jumlah mukasurat (jika didapati terlalu panjang, setelah lay-out dilakukan oleh Editor)
13. Perjanjian
Adalah sama untuk SEMUA NOVELIS yang bernaung di bawah Penerbit tersebut
13.2 Tentang HAKCIPTA, berapa tahun dipegang oleh Penerbit
13.3 Bagaimana pula untuk terjemahan, jika novel dijadikan filem atau drama?
14. Perhubungan dengan Editor atau Penerbit
Adakah sebagai rakan semata-mata ataukah bersikap profesional?
Monday, May 5, 2008
Sekitar Book Fair Kelantan


Kiri: Maskot Nuri & McD menceriakan suasana.
Kanan: Pesta Buku Kelantan yg berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Pengunjung berasak-asak untuk mencari buku dan novel kegemaran mereka. Ramai yg ingin memiliki novel terbaru saya MENANTI KASIH dan saya sempat menyarankan kepada mereka supaya menyertai Kuiz yg sedang berlangsung di blog saya.


Kiri: Suasana Pasar Siti Khatijah yg menjadi tumpuan ramai.
Kanan: Peniaga wanita menjual barang2 kemas di luar pasar.


Kiri: Pn Kamariah (kisahnya dlm novel 'Zuriat'), Marhaini & sepupunya sempat bergambar bersama saya pada hari pertama saya di sana. Pn Kamariah baru saja menjalani pembedahan katarak di mata kirinya.
Kanan: Bersama Cikgu Nor Bi & Pn Saadiah di hadapan KB Mall.


Kiri: Ibu Intan mengabadikan kenangan bersama saya. Dia juga membeli novel Impian Terindah.
Kanan: Saya & Anis bersama Wan Amalyn yg kami temui di Pesta Buku Kuala Lumpur. Terima kasih, dik, kerana membuat kami benar2 terasa kemesraan di sana..


Kiri: Kenangan dengan Cikgu Nor Bi & Anis Ayuni.
Kanan: Blogger Muzri turut memeriahkan suasana di Pesta Buku itu.
Tuesday, April 29, 2008
Pesta Buku Kelantan
Saturday, April 26, 2008
Panduan Berkarya
1. Format penulisan
1.1 Bab
- bermula dari 1
- bermula dengan Prolog / berakhir dengan Epilog
1.2 Mukasurat pertama bab
- kedudukan Bab
- kata-kata atau ungkapan khas (tajuk selepas bab)
- permulaan teks
1.3 Pemilihan font
- paling biasa: Times New Roman
1.4 Langkau 1.5 atau 2 baris?
1.5 Nombor mukasurat
- di bahagian tengah, bawah atau tepi kanan
1.6 Binding (yang mudah dibaca/dibuka)
- lazimnya, comb bind
2. Memilih tema
Bergantung pada sasaran pembaca yang boleh dikategorikan sebagai:
2.1 Kanak-kanak
2.2 Remaja (sasaran umur 13-18)
2.3 Remaja lepasan sekolah (unsur cinta, misalnya)
2.4 Umum (tentang famili, masalah keluarga/harta dll)
2.5 Berat (politik, ideologi, sejarah, keagamaan dll)
2.6 Dewasa (tidak sesuai remaja dll)
3. Penerbit buku :
Bergantung pada tema yang anda pilih di atas. Sesetengah penerbit hanya menerbitkan novel bertema tertentu. Beli dan baca novel yang dikeluarkan oleh penerbit tersebut sebelum membuat pilihan.
3.1 Penerbit tersohor
3.2 Penerbit baru
3.3 Penerbit yang disyorkan oleh rakan
3.4 Penerbit yang menganjurkan Peraduan Menulis Novel
4. Apa itu kajian atau research?
Sangat penting untuk meyakinkan pembaca bahawa anda menceritakan yang sebenar, bukan hanya berdasarkan angan-angan atau imaginasi semata-mata.
4.1 Sediakan ‘Workbook’ iaitu buku latihan berkulit keras
4.2 Senarai ‘Contacts’ (no.tel, e-mel)
4.3 Laman web di internet (website addresses)
4.4 Buku-buku rujukan di perpustakaan
4.5 Keratan akhbar/majalah
4.6 Catatan masa/tempat jika ada temujanji
5. Membina cerita
Merupakan ‘tulang belakang’ sesebuah novel. Ia boleh dirombak beberapa kali mengikut kesesuaian. Menjadi ‘panduan’ penting bila mula menulis novel iaitu mengelak dari ‘terbabas’ atau novel menjadi melalut.
5.1 Rangkakan, 1 bab = 8 mukasurat
Jadi, 60 bab = 480 mukasurat
5.3 Adjust mengikut kesesuaian episod
6. Kepentingan date-lines
Setiap novelis mempunyai pelbagai komitmen. Buat jadual mengikut kesesuaian tersendiri dan masa yang mampu diperuntukkan. Ini sebagai panduan:
6.1 Jika mampu menulis sehari 10 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 50 hari (kira-kira 2 bulan, tolak 10 hari ‘santai’)
6.2 Jika mampu menulis pada hujung minggu sahaja; 50 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 10 hujung minggu = 2½ bulan
6.3 Menulis ketika cuti semester (penuntut kolej, universiti). Mungkin sehari boleh
10 jam menulis?
7. Hilang tumpuan?
Dikatakan sebagai ‘Writer’s Block’ iaitu hilang tumpuan atau semangat. Ada pelbagai cara untuk mengatasinya. Sebagai contoh:
7.1 Membaca buku-buku ringan atau berunsur lucu
7.2 Menonton filem yang berbeza atau sama plotnya
7.3 Mendengar muzik yang mententeramkan perasaan
7.4 Bermain komputer games atau beriadah, bersukan (tidak terlalu memenatkan)
7.5 Sembahyang sunat dan berdoa semoga mendapat ilham
7.6 Anugerahkan diri sendiri setiap selesai menulis 10 atau 20 bab
8. Menjamin manuskrip selamat
Langkah penting yang tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah untuk mengelak daripada manuskrip hilang bila komputer rosak atau terkena virus.
8.1 Save sekerap yang mungkin semasa menulis
8.2 Cetak selepas setiap 10-15 mukasurat
8.3 E-mel manuskrip ke beberapa alamat sendiri (yahoo, gmail, office)
8.4 Cadangan fail untuk manuskrip. Bagi setiap 100 mukasurat, simpan di dalam fail berbeza (mudah untuk die-mel sebagai Attachment)
8.5 Save di dalam CD/pen-drive

