Sunday, March 30, 2008

Debar Menanti Kasih...

Saatnya semakin hampir...!!!

Novel terbaru saya, MENANTI KASIH akan berada di pasaran
mulai Khamis, 03 April ni, insyaAllah.
Bagi pengunjung PESTA BUKU 2008 di PWTC (bermula Jumaat, 04 April)
boleh dapatkan di booth Alaf 21 Sdn Bhd.
Saya akan berada di sana hari
Jumaat, Sabtu & Ahad (masanya akan diberitahu kelak).

~~~ JOM MERIAHKAN KL INTERNATIONAL BOOK FAIR ~~~
Saya menunggu kedatangan teman2 bloggers semua...

Friday, March 28, 2008

Research : Buku

Saya baru habis membaca buku tentang Sir Stamford Raffles karya Richard Mann. Ia mengisahkan kehidupan Raffles (6 Julai, 1781 - 5 Julai, 1826). Beliau terpaksa berhenti sekolah pada usia 14 kerana tidak cukup wang perbelanjaan. Selepas itu, beliau bekerja dengan British East India Company selama 10 tahun sebelum berkhidmat di bawah Gabenor Pulau Pinang pada 1805. Kehidupan beliau penuh dengan cabaran kerana beliau tidak menyokong perniagaan hamba abdi. Tiga daripada empat orang anak2nya meninggal dunia di Sumatera kerana wabak yg tidak diketahui puncanya. Beliau bertanggungjawab membangunkan Singapura dan koleksi botanikal Asia Tenggaranya menjadi khazanah penting. Beliau meninggal dunia kerana pendarahan di dalam otak. Buku ini banyak membantu saya menyiapkan novel epik-sejarah di mana keadaan Tanah Melayu-Jawa pada zaman itu diceritakan dengan begitu terperinci oleh penulisnya.

Prof.Dr.Abdullah Zakaria adalah sebuah nama yg tidak asing lagi di kalangan penggemar sejarah. Beliau menghasilkan banyak jurnal dan buku2 berkenaan tokoh sejarawan dan peristiwa2 menarik yg selama ini tersimpan. Buku ini memuatkan beberapa pucuk surat yg dikirimkan oleh Sultan Hussain Shah (Singapura) kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor). Saya berpeluang mendengar beliau membentangkan kertas-kerja ketika menghadiri Bengkel Penulisan Novel Sejarah anjuran Yayasan Warisan Johor pada Jun 2006 lalu.

Sunday, March 23, 2008

Bengkel Penulisan Kreatif













Bengkel Penulisan Kreatif di Perpustakaan Negara Malaysia kelmarin (22 Mac 08) telah dihadiri oleh lebih 60 peserta dari berbilang bangsa. Selain saya, bengkel juga dikendalikan oleh Pn Anis Ayuni, seorang pendidik dan penulis terkenal tanah-air. Antara novel2 beliau bersama Alaf 21 ialah Kau Kekasihku dan Gemersik Kalbu. Bengkel bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah PNM, Yg Bhg.En Raslin Abu Bakar. Ia berakhir kira-kira jam 4 ptg.

Bersama Yg Bhg.En Raslin Abu Bakar (berbaju kuning), pengarah2 bahagian di PNM dan Pn Anis Ayuni (paling kiri). Pada masa yg sama, turut diadakan Bengkel Melukis Kartun. Kemeriahan dirasakan kerana semua peserta bengkel begitu teruja untuk mendalami ilmu penulisan. Pelbagai soalan diutarakan dan masing2 begitu yakin boleh menghasilkan novel di masa akan datang. Ada juga di antara peserta adalah penulis novel yg mengikuti bengkel sebagai 'pembakar semangat'. Tahniah kepada semua!

Saya dan Pn Anis mengabadikan kenangan bersama dua orang bloggers yg terkenal (berbaju biru ialah Shai, di kirinya, Mersik). Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih pada kakitangan PNM yg telah memberikan sepenuh kerjasama. Juga kepada peserta2 bengkel, Selamat Berkarya!




Wednesday, March 19, 2008

Hak Cinta Terpelihara

Novel Hak Cinta Terpelihara (HCT) adalah novel kedua Lynn Dayana. Novel ini memaparkan cebisan hidup kita semua. Penuh dengan momen2 yang meruntun hati di samping riang yang tiada sempadan bagi mereka yg memiliki bahagia. Persoalan cinta tidak pernah dan tidak mungkin berakhir. Kesanggupan manusia menjadi hamba perasaan adakalanya memualkan, namun mungkin dianggap pihak lain sebagai satu kesetiaan yg unggul.
Kini Lynn sedang mengadakan Kuiz HCT (di blogspotnya) khusus untuk pembaca budiman.
Hadiah Pertama : Voucher Pizza Hut bernilai RM50
Hadiah Kedua : Voucher Pizza Hut bernilai RM30
Tarikh Tutup : 040408

Sama2 kita memeriahkan lagi Kuiz tersebut, ya?
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez