Sunday, June 22, 2008

Resensi DBP


Pagi Sabtu di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Acara bermula jam 10 pagi. Saya memberi ulasan tentang novel karya Ali Jusoh, 'Antara Dendam dengan Perjuangan'. Setebal 717 muka surat, ia mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah menentang penjajahan Inggeris. Kisah bermula ketika Clifford menjadi Residen di Pahang (1902) hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Saya juga membentangkan novel 'Impian Terindah' dan berkongsi pengalaman dengan khalayak pendengar. Terima kasih pada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana memberikan peluang di majlis sedemikian. Pn Aizan (Keua PDM) menyampaikan cenderahati selepas tamat majlis. Sebahagian peserta yang tekun mendengar dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan penulisan.

Saturday, June 21, 2008

Novel Dhiya Zafira

Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi perlarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat merbahaya namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.

Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.

Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka.

Bila manusia berselubungkan hati dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Mampukah Adni menemui cintanya semula?Adni - Kudamba Bahagia bersamamu. Selagi RINDU BELUM BERHENTI, aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.

Tahniah buat rakan novelis, Dhiya. Jom dapatkan di kedai! Pasti tidak kecewa membacanya...

Thursday, June 19, 2008

Masuk penjara...

Jam 9 pagi kelmarin saya ke Penjara Wanita Kajang. Inilah kali kedua novelis Alaf 21 dijemput untuk menjayakan Bengkel Penulisan untuk penghuni di situ. Hanya mereka yg berminat hadir. Ketika bertanya, saya diberitahu bahawa ramai di kalangan mereka yg mengikuti bengkel pada tahun lalu sudah dibebaskan. Jadi, saya harap mereka akan cuba berjinak-jinak dengan dunia penulisan.

Sebagai perbandingan, seramai 1670 penghuni sedang ditahan di sana. Hanya sebanyak 365 orang rakyat tempatan! Jadi, fikir2lah sendiri...Mereka diberi kemahiran yg akan membantu bila keluar dari situ. Antaranya, mendandan rambut, membuat & menghias kek, makanan frozen, sauna, menchanting batek, menjahit dll. Hasil kraftangan mereka dijual kepada pelawat.











Novelis Alaf 21 sedang mendaki untuk sampai ke pintu utama penjara. Kelihatan En Hashim Anang (dari Karangkraf) sedang rancak bercerita. Novelis2 (Lily, Rose, Meen Zulaika, Liza Zahira)
disambut dengan mesra & girang oleh pegawai2 yg lengkap beruniform coklat, topi hitam. Ke mana2 kami pergi, kumpulan penghuni akan melaungkan "Selamat pagi, puan!" dengan kuat. Di situ ada gelanggang tenis. Suasana persekitaran begitu damai dan tenang.









Pemandangan bahagian pintu masuk utama ke Penjara Wanita & Lelaki (berasingan). Setiap koridor/laluan di dalam penjara berpintu pagar yg dikunci sepanjang masa & memerlukan kad identiti untuk membukanya. Penghuni berbaju merah adalah untuk tahanan lama manakala putih adalah untuk jangkamasa singkat. Ada juga berbaju ungu cerah dan hijau. Ketika kami pulang, ada kemasukan baru ke penjara. Seorang wanita muda yg dikenakan hukuman penjara sebulan kerana mencuri tudung. Wajahnya pucat & dia hampir rebah ketika berjalan. Mungkin trauma kerana terpaksa menjadi penghuni di situ...

Saturday, June 14, 2008

Jom ke DBP

Temui saya dalam BICARA KARYA
di Dewan Bahasa & Pustaka
pada hari Sabtu, 21 Jun 2008 (jam 10 pagi)

Buku-buku yg bakal saya ulas adalah:
Terbitan DBP : Antara Dendam dengan Pejuang
Terbitan Alaf 21 : Impian Terindah & Rahsia Dapur

Marilah sama-sama kita menjayakannya...!!

Friday, June 6, 2008

Soal Selidik

Ini adalah survey untuk ibu-ibu tunggal (bercerai hidup, bukan kematian suami) tidak kira di mana anda tinggal. Saya sedang mengumpul data untuk menulis sebuah buku. Jika anda atau rakan menepati kategori yg saya sebutkan tadi, saya amatlah berbesar hati seandainya anda boleh bekerjasama. Sila e-melkan jawapan kepada saya selewat-lewatnya 31 Julai 2008. Semua maklumat adalah dirahsiakan dan tidak akan dipaparkan. Jasa anda amat dihargai.

1. Umur : …………………….
2. Tempat tinggal :…………...
3. Pendapatan sebulan : …………
4. Bilangan anak & umur : ……………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
5. Tarikh berpisah dengan suami : ………………..
6. Tempat tinggal bekas suami : …………………..
7. Berapa lama proses perceraian :
(a) Kurang 5 bulan
(b) Antara 6-12 bulan
(c) Lebih setahun
8. Adakah suami memberikan nafkah bulanan untuk anak-anak?
(a) Ya
(b) Tidak
9. Adakah nafkah tersebut mencukupi?
(a) Ya
(b) Tidak
10. Berapa kerap bekas suami berhubung dengan anak-anak?
(a) Kurang 5 kali sebulan
(b) Antara 6-10 kali sebulan
(c) Lebih 11 kali sebulan
11. Adakah bekas suami berkahwin lain?
(a) Ya
(b) Tidak
(c) Tidak tahu
12. Bagaimana perhubungan anda dengan bekas suami?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
13. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan bapa mereka?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
14. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan ibu tiri (jika ada)?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
15. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan datuk/nenek sebelah bapa mereka?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
16 Berapa kerap anda menghubungi bekas suami untuk berbincang hal anak-anak?
(a) Kurang 5 kali sebulan
(b) Antara 6-10 kali sebulan
(c) Lebih 11 kali sebulan
17. Pernahkah suami membawa anak-anak bercuti bersama keluarga barunya?
(a) Pernah
(b) Tidak pernah
18. Adakah anda berpendapat perhubungan anak-anak dengan bekas suami boleh

diperbaiki lagi?
(a) Ya
(b) Tidak
19. Siapakah yang anda hubungi jika ada masalah dengan bekas suami?
(a) Jiran
(b) Kawan-kawan
(c) Saudara-mara
(d) Adik-beradik
20. Sila beri komen (jika ada) : ………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………

Terima kasih kepada semua yg menjayakan survey ini.

Thursday, June 5, 2008

Update...

Sila klik untuk lihat foto-foto yg baru diup-date :
http://rajamenangis.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*~
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez