Thursday, June 19, 2008

Masuk penjara...

Jam 9 pagi kelmarin saya ke Penjara Wanita Kajang. Inilah kali kedua novelis Alaf 21 dijemput untuk menjayakan Bengkel Penulisan untuk penghuni di situ. Hanya mereka yg berminat hadir. Ketika bertanya, saya diberitahu bahawa ramai di kalangan mereka yg mengikuti bengkel pada tahun lalu sudah dibebaskan. Jadi, saya harap mereka akan cuba berjinak-jinak dengan dunia penulisan.

Sebagai perbandingan, seramai 1670 penghuni sedang ditahan di sana. Hanya sebanyak 365 orang rakyat tempatan! Jadi, fikir2lah sendiri...Mereka diberi kemahiran yg akan membantu bila keluar dari situ. Antaranya, mendandan rambut, membuat & menghias kek, makanan frozen, sauna, menchanting batek, menjahit dll. Hasil kraftangan mereka dijual kepada pelawat.











Novelis Alaf 21 sedang mendaki untuk sampai ke pintu utama penjara. Kelihatan En Hashim Anang (dari Karangkraf) sedang rancak bercerita. Novelis2 (Lily, Rose, Meen Zulaika, Liza Zahira)
disambut dengan mesra & girang oleh pegawai2 yg lengkap beruniform coklat, topi hitam. Ke mana2 kami pergi, kumpulan penghuni akan melaungkan "Selamat pagi, puan!" dengan kuat. Di situ ada gelanggang tenis. Suasana persekitaran begitu damai dan tenang.









Pemandangan bahagian pintu masuk utama ke Penjara Wanita & Lelaki (berasingan). Setiap koridor/laluan di dalam penjara berpintu pagar yg dikunci sepanjang masa & memerlukan kad identiti untuk membukanya. Penghuni berbaju merah adalah untuk tahanan lama manakala putih adalah untuk jangkamasa singkat. Ada juga berbaju ungu cerah dan hijau. Ketika kami pulang, ada kemasukan baru ke penjara. Seorang wanita muda yg dikenakan hukuman penjara sebulan kerana mencuri tudung. Wajahnya pucat & dia hampir rebah ketika berjalan. Mungkin trauma kerana terpaksa menjadi penghuni di situ...

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez