Arca Kasih (2003) adalah kesudahan novel pertama saya, Arca Impian (1994) & Arca Impian II (1998). Ilham untuk novel Arca Impian lahir secara tiba-tiba sewaktu saya membantu jiran menjual kuih-muih pada tahun 1980.Satu ketika, di hadapan saya melintas seorang lelaki yg boleh dikatakan segak. Dia membimbit baldi, penyapu dan beberapa peralatan rumah yg lain. Beberapa langkah di belakangnya, berjalan seorang wanita Inggeris berambut blonde. Adegan ini saya abadikan di dalam novel Arca Kasih.
Hendak tahu kisah menarik tentang novel ini? Nama heronya, Asmawi. Manakala heroinnya, Norasyikin. Mereka mengalami pelbagai rintangan dalam percintaan sebelum berjaya mencapai impian. Sikap Nora yg agak 'keras kepala' umpama cabaran bagi Asmawi untuk memikatnya.
Saya terpanggil untuk berbicara tentang novel ini sempena perkahwinan Mawi-Ekin seminggu yg lalu. Sungguh ironik sekali kerana nama mereka sama dengan watak-watak utama di dalam novel yg saya tulis (kali pertamanya) 28 tahun lalu!!


KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!
Saya sering ditanya, di antara novel yg pernah saya tulis, yg manakah yg paling saya gemari? Jawapannya, ARJUNA HATI.