Sunday, June 22, 2008

Resensi DBP


Pagi Sabtu di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Acara bermula jam 10 pagi. Saya memberi ulasan tentang novel karya Ali Jusoh, 'Antara Dendam dengan Perjuangan'. Setebal 717 muka surat, ia mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah menentang penjajahan Inggeris. Kisah bermula ketika Clifford menjadi Residen di Pahang (1902) hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Saya juga membentangkan novel 'Impian Terindah' dan berkongsi pengalaman dengan khalayak pendengar. Terima kasih pada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana memberikan peluang di majlis sedemikian. Pn Aizan (Keua PDM) menyampaikan cenderahati selepas tamat majlis. Sebahagian peserta yang tekun mendengar dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan penulisan.

Saturday, June 21, 2008

Novel Dhiya Zafira

Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi perlarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat merbahaya namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.

Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.

Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka.

Bila manusia berselubungkan hati dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Mampukah Adni menemui cintanya semula?Adni - Kudamba Bahagia bersamamu. Selagi RINDU BELUM BERHENTI, aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.

Tahniah buat rakan novelis, Dhiya. Jom dapatkan di kedai! Pasti tidak kecewa membacanya...

Thursday, June 19, 2008

Masuk penjara...

Jam 9 pagi kelmarin saya ke Penjara Wanita Kajang. Inilah kali kedua novelis Alaf 21 dijemput untuk menjayakan Bengkel Penulisan untuk penghuni di situ. Hanya mereka yg berminat hadir. Ketika bertanya, saya diberitahu bahawa ramai di kalangan mereka yg mengikuti bengkel pada tahun lalu sudah dibebaskan. Jadi, saya harap mereka akan cuba berjinak-jinak dengan dunia penulisan.

Sebagai perbandingan, seramai 1670 penghuni sedang ditahan di sana. Hanya sebanyak 365 orang rakyat tempatan! Jadi, fikir2lah sendiri...Mereka diberi kemahiran yg akan membantu bila keluar dari situ. Antaranya, mendandan rambut, membuat & menghias kek, makanan frozen, sauna, menchanting batek, menjahit dll. Hasil kraftangan mereka dijual kepada pelawat.











Novelis Alaf 21 sedang mendaki untuk sampai ke pintu utama penjara. Kelihatan En Hashim Anang (dari Karangkraf) sedang rancak bercerita. Novelis2 (Lily, Rose, Meen Zulaika, Liza Zahira)
disambut dengan mesra & girang oleh pegawai2 yg lengkap beruniform coklat, topi hitam. Ke mana2 kami pergi, kumpulan penghuni akan melaungkan "Selamat pagi, puan!" dengan kuat. Di situ ada gelanggang tenis. Suasana persekitaran begitu damai dan tenang.









Pemandangan bahagian pintu masuk utama ke Penjara Wanita & Lelaki (berasingan). Setiap koridor/laluan di dalam penjara berpintu pagar yg dikunci sepanjang masa & memerlukan kad identiti untuk membukanya. Penghuni berbaju merah adalah untuk tahanan lama manakala putih adalah untuk jangkamasa singkat. Ada juga berbaju ungu cerah dan hijau. Ketika kami pulang, ada kemasukan baru ke penjara. Seorang wanita muda yg dikenakan hukuman penjara sebulan kerana mencuri tudung. Wajahnya pucat & dia hampir rebah ketika berjalan. Mungkin trauma kerana terpaksa menjadi penghuni di situ...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez