Saturday, February 21, 2009

Novel Terbaru


Syukur kerana usaha selama berbulan-bulan sudah selesai jam 12.15 tengah hari tadi. Novel ke-25 saya setebal 520 mukasurat menggunakan pendekatan yg berbeza kerana saya terus menaip dengan format novel yg sudah siap. Kali ini saya memilih font Maiandra GD saiz 12. Bagi saya, sesetengah font hanya sesuai untuk novel tertentu. Ini bermakna, jikalau font yang dipilih tidak 'kena', ilham susah nak 'dapat'. Lain penulis akan mempunyai pandangan yg berbeza, tentunya!

Novel ini juga mempunyai jalan cerita yg 'segar' dan bagi saya sungguh 'memikat' kerana jalinan plotnya yang bersahaja, tidak terlalu menurut corak atau pattern yang lazim. Malah saya membina plot berperingkat-peringkat dan mengikut 'kerenah' watak itu sendiri. Ini bererti, persembahan dalam novel ini lebih menjurus kepada 'perjalanan ke arah realiti'. Ia juga menggabungkan tiga kisah cinta sebenar yg terjadi sekitar setahun yg lalu. Mudah-mudahan garapan saya kali ini benar-benar 'menyengat'....

Monday, February 9, 2009

Penumbral Eclipse 090209

Pada malam ini, sekitar jam 8.45 malam, selama 4 jam, akan berlaku Penumbral Eclipse of the Moon. Ia boleh dilihat terutama di sebelah barat Lautan Pasifik. Bahagian atas bulan akan kelihatan gelap. Jika anda di bahagian utara bulan dan memandang ke arah bumi, anda akan dapat saksikan gerhana matahari. Untuk efek sebenar (gerhana matahari di atas bulan), dan pengalaman menaiki sky-lift anda boleh baca novel saya 'Impian Terindah' (terbitan Alaf 21 Sdn Bhd) yang telah mengambil masa 5 bulan research dengan data-data yang saya perolehi daripada NASA. Walaupun ia novel bercorak futuristik sains fiksyen yang disuntik dengan elemen percintaan, semua fakta adalah benar berdasarkan teori dan penemuan teknologi masakini.


Sunday, December 28, 2008

Tentang "arca Kasih'

Arca Kasih (2003) adalah kesudahan novel pertama saya, Arca Impian (1994) & Arca Impian II (1998). Ilham untuk novel Arca Impian lahir secara tiba-tiba sewaktu saya membantu jiran menjual kuih-muih pada tahun 1980.

Satu ketika, di hadapan saya melintas seorang lelaki yg boleh dikatakan segak. Dia membimbit baldi, penyapu dan beberapa peralatan rumah yg lain. Beberapa langkah di belakangnya, berjalan seorang wanita Inggeris berambut blonde. Adegan ini saya abadikan di dalam novel Arca Kasih.

Hendak tahu kisah menarik tentang novel ini? Nama heronya, Asmawi. Manakala heroinnya, Norasyikin. Mereka mengalami pelbagai rintangan dalam percintaan sebelum berjaya mencapai impian. Sikap Nora yg agak 'keras kepala' umpama cabaran bagi Asmawi untuk memikatnya.

Saya terpanggil untuk berbicara tentang novel ini sempena perkahwinan Mawi-Ekin seminggu yg lalu. Sungguh ironik sekali kerana nama mereka sama dengan watak-watak utama di dalam novel yg saya tulis (kali pertamanya) 28 tahun lalu!!


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez