Tuesday, April 29, 2008

Pesta Buku Kelantan

Jumpa di PESTA BUKU KELANTAN
pada hari Jumaat 2 & Sabtu 3 Mei 2008

bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Kota Bharu
jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Kami akan menunggu kedatangan kalian dgn sukacitanya...

<*><*><*><*><*><*><*>

Saturday, April 26, 2008

Panduan Berkarya

Ada 14 perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap novelis. Ia seharusnya menjadi panduan dalam mengejar cita-cita menjadi seorang novelis yang berjaya. Kejayaan seseorang novelis, sebenarnya tidak hanya bergantung pada bakat, cita-cita, kesungguhan dan peluang tetapi juga nasib. Ingatlah bahawa impian adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai.

1. Format penulisan
1.1 Bab
- bermula dari 1
- bermula dengan Prolog / berakhir dengan Epilog
1.2 Mukasurat pertama bab
- kedudukan Bab
- kata-kata atau ungkapan khas (tajuk selepas bab)
- permulaan teks
1.3 Pemilihan font
- paling biasa: Times New Roman
1.4 Langkau 1.5 atau 2 baris?
1.5 Nombor mukasurat
- di bahagian tengah, bawah atau tepi kanan
1.6 Binding (yang mudah dibaca/dibuka)
- lazimnya, comb bind

2. Memilih tema
Bergantung pada sasaran pembaca yang boleh dikategorikan sebagai:
2.1 Kanak-kanak
2.2 Remaja (sasaran umur 13-18)
2.3 Remaja lepasan sekolah (unsur cinta, misalnya)
2.4 Umum (tentang famili, masalah keluarga/harta dll)
2.5 Berat (politik, ideologi, sejarah, keagamaan dll)
2.6 Dewasa (tidak sesuai remaja dll)

3. Penerbit buku :
Bergantung pada tema yang anda pilih di atas. Sesetengah penerbit hanya menerbitkan novel bertema tertentu. Beli dan baca novel yang dikeluarkan oleh penerbit tersebut sebelum membuat pilihan.
3.1 Penerbit tersohor
3.2 Penerbit baru
3.3 Penerbit yang disyorkan oleh rakan
3.4 Penerbit yang menganjurkan Peraduan Menulis Novel

4. Apa itu kajian atau research?
Sangat penting untuk meyakinkan pembaca bahawa anda menceritakan yang sebenar, bukan hanya berdasarkan angan-angan atau imaginasi semata-mata.
4.1 Sediakan ‘Workbook’ iaitu buku latihan berkulit keras
4.2 Senarai ‘Contacts’ (no.tel, e-mel)
4.3 Laman web di internet (website addresses)
4.4 Buku-buku rujukan di perpustakaan
4.5 Keratan akhbar/majalah
4.6 Catatan masa/tempat jika ada temujanji

5. Membina cerita
Merupakan ‘tulang belakang’ sesebuah novel. Ia boleh dirombak beberapa kali mengikut kesesuaian. Menjadi ‘panduan’ penting bila mula menulis novel iaitu mengelak dari ‘terbabas’ atau novel menjadi melalut.
5.1 Rangkakan, 1 bab = 8 mukasurat
Jadi, 60 bab = 480 mukasurat
5.3 Adjust mengikut kesesuaian episod

6. Kepentingan date-lines
Setiap novelis mempunyai pelbagai komitmen. Buat jadual mengikut kesesuaian tersendiri dan masa yang mampu diperuntukkan. Ini sebagai panduan:
6.1 Jika mampu menulis sehari 10 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 50 hari (kira-kira 2 bulan, tolak 10 hari ‘santai’)
6.2 Jika mampu menulis pada hujung minggu sahaja; 50 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 10 hujung minggu = 2½ bulan
6.3 Menulis ketika cuti semester (penuntut kolej, universiti). Mungkin sehari boleh
10 jam menulis?

7. Hilang tumpuan?
Dikatakan sebagai ‘Writer’s Block’ iaitu hilang tumpuan atau semangat. Ada pelbagai cara untuk mengatasinya. Sebagai contoh:
7.1 Membaca buku-buku ringan atau berunsur lucu
7.2 Menonton filem yang berbeza atau sama plotnya
7.3 Mendengar muzik yang mententeramkan perasaan
7.4 Bermain komputer games atau beriadah, bersukan (tidak terlalu memenatkan)
7.5 Sembahyang sunat dan berdoa semoga mendapat ilham
7.6 Anugerahkan diri sendiri setiap selesai menulis 10 atau 20 bab

8. Menjamin manuskrip selamat
Langkah penting yang tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah untuk mengelak daripada manuskrip hilang bila komputer rosak atau terkena virus.
8.1 Save sekerap yang mungkin semasa menulis
8.2 Cetak selepas setiap 10-15 mukasurat
8.3 E-mel manuskrip ke beberapa alamat sendiri (yahoo, gmail, office)
8.4 Cadangan fail untuk manuskrip. Bagi setiap 100 mukasurat, simpan di dalam fail berbeza (mudah untuk die-mel sebagai Attachment)
8.5 Save di dalam CD/pen-drive

Thursday, April 24, 2008

Ubah Tarikh Tutup

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa novel terbaru saya, 'Menanti Kasih' masih belum berada di pasaran. Pihak Penerbit telah mengesahkan perkara ini. Terima kasih pada kalian yg bersusah payah mencarinya di kedai...

Oleh itu, saya lanjutkan tarikh tutup Kuiz Novel tersebut ke 30 Jun 2008. Selamat mencuba kepada semua...!!

Bagi sesiapa yg ingin membelinya pada kadar segera, boleh kirimkan alamat ke e-mel saya dan saya akan poskan.

Friday, April 18, 2008

Jumpa di Kota Bharu

Saya bersama beberapa penulis Alaf 21 akan berada di
PESTA BUKU KELANTAN DARUL NAIM

pada hari Jumaat, 2 Mei & Sabtu, 3 Mei 2008
(lokasi akan dimaklumkan kelak)
Jangan lupa berkunjung ke sana, ya?
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Rompak lagi...

Ini 'adik' saya, Faizul Darius yg sempat singgah di booth. Dia cukup gigih menghasilkan karya2 yg begitu mencabar minda. Meskipun hanya bertemu setiap musim pesta, dia amat peramah dan sentiasa tersenyum. Terima kasih, dik! Teruslah berkarya kerana hanya yg tidak pernah berputus asa akan berjaya...

Tuesday, April 15, 2008

Hasil rompakan...


Lagi foto sekitar KLIBF.
Kiri : Dari kiri, Meen, Umi Azrini, Rose, Damya, saya & Lily.
Bawah (kiri) : Hari terakhir, 13 April 08 yg penuh sejarah.
Bawah (kanan) : Bersama Mrs.Budin & puteri, Umi.

Terima kasih kepada semua yg menjadikan Pesta Buku 2008 sangat bermakna bagi diri saya...bak pepatah sekarang, 'sangat happening'....Penghargaan juga buat warga Alaf 21/Karangkraf & Marshall Cavendish (yg menganjurkan sesi di pentas TR2).











Hari2 Terakhir KLIBF 08













Kiri : Uiikks, sempat posing dengan Mr Bee yg handsome tu.
Kanan : Kawan2 Nazurah menggamatkan suasana pesta...banyak borong buku rujukan SPM, ahaks.










Kiri : Kenangan dgn Ramli Awang Murshid, novelis thriller no.1 di Msia.
Kanan : Jun yg sentiasa anggun datang menyemarakkan petang Sabtu yg sibuk.










Kiri : Bersama peminat yg membawa novel pertama saya yg terbit pada 1994.
Kanan : Pu3 (yg singgah dari klinik) secara kebetulan bertemu shai.



Kiri : Posing dengan Kevin yg gagah, ooppss...
Kanan : Bersama mentor, SN Dato' A.Samad Said












Kiri : Dgn Norfarahin Jamsari serta Chef Asri. Ada bicara tentang buku masing2 terbitan Marshall Cavendish di Pentas KLIBF.
Kanan : Tak lain tak bukan, bos MSJBOX, Junaidix & beloved mrs, carneyz.










Kiri : Bergambar dgn Fadli Al-Akiti, penulis Saga Horizon & Mersik (berdiri).
Kanan : Berdiri di belakang (dari kiri), Aleeya, Hezzy, Anis. Duduk: Dhiya, saya, Damya & Aisya.


Friday, April 11, 2008

Kuiz 'Menanti Kasih'

Inilah peluang keemasan untuk menduga sejauh mana anda mengenali watak2 di dalam novel terbaru saya...Jawab soalan2 di bawah dan kirimkan jawapan anda ke norzailina@yahoo.com.

Panel juri seramai 3 orang akan memilih pemenangnya. Jika ada yg memberi jawapan sama, soalan bonus akan dihantar melalui e-mel untuk dijawab oleh mereka. Keputusan adalah muktamad. Bagi pemenang di luar negara, hadiah yg sama nilainya dengan jumlah wang akan dikirimkan ke alamat anda.

Soalan-soalan:
1. Namakan taman perumahan tempat tinggal nenek Farhana.
2. Siapakah nama datuk Farhana?
3. Apakah minuman kegemaran datuk Farhana bila ke kedai Haji Kasawari?
4. Apakah kaitan Kailan dengan Uncle J?
5. Siapakah Elee?
6. Di manakah pertemuan pertama Farhana dengan Giovanni?
7. Siapakah yang meminjamkan BMWnya kepada Kamel?
8. Namakan jenis kereta yang dinaiki oleh penculik Ahmad Ridzafi.
9. Apakah hubungan Datuk Syahbudin dengan bapa Widya?
10. Apakah watak Mat Gebu di dalam novel ini?

Hadiah2 berupa Voucher Membeli-belah (Parkson/Jaya Jusco)
Hadiah Pertama : RM150
Hadiah Kedua : RM100
Hadiah Ketiga : RM50

Tarikh tutup KUIZ: 31 Mei 2008

Sekitar Book Fair 9 & 10 April










Kiri: Nomie (berbaju ungu), pengumpul novel yg setia.
Kanan: Di kiri saya, Lily, Dhurah & Damya bersama petugas Karangkraf yg berbaju ala Hawaii.










Kiri: Saya bergambar dgn Shidah (Anjung Seri) & Carriekirana (peminat/pengkritik novel yg disegani).
Kanan: Mengabadikan kenangan dengan Dr.Rosnah Baharuddin (berbaju biru), seorang pakar Bahasa di UKM.










Kiri: Saya bersama Dr.HM Tuah Iskandar, Pakar Motivasi yg tersohor.
Kanan: Lily & saya dengan Norhayati Berahim yg telah menghasilkan lebih 40 novel.

Monday, April 7, 2008

050408 : PWTC

Foto yg sempat dirakamkan oleh mersik di Pesta Buku 2008. Catatan menarik yg lain boleh kalian baca di blog kujie, unclej, intan, erni & mrs.sheikh. Terima kasih kepada semua, ikhlas daripada saya.

Book Fair Review

Kuala Lumpur International Book Fair di PWTC sungguh bermakna bagi saya pada tahun ke 7 ini dgn terbitnya novel MENANTI KASIH. Ramai bloggers yg rajin bertamu (atau menjadi silent reader selama ini) beramah mesra & bertegur sapa. Suasana cukup teruja bila kami berbual2 hal berkaitan blogging & bagaimana pertemuan di alam siber akhirnya menjadi realiti di alam nyata.

Sesungguhnya saya benar2 berterima kasih kepada semua yg sudi datang & mengabadikan kenangan di samping mendapatkan novel hasil karya saya. Bagi semua yg tinggal jauh, ucapan selamat dari kalian akan tersemat dalam sanubari selagi hayat dikandung badan. Bak kata pepatah, Jauh di mata tetapi dekat di hati.

Tanpa pembaca, siapalah penulis? Inilah dunia kecil kita yg saling memahami dan sama2 mempercayai kerana novelis adalah manusia biasa yg hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yg dikutip daripada dunia sekeliling. Yg mana baik dijadikan tauladan, yg sebaliknya dijadikan sempadan.

Kenapa hanya bloggers tertentu mempunyai "watak" di dalam novel ini? Bagi mereka yg mungkin tertanya-tanya, ketahuilah bahawa bloggers yg tersenarai itu telah memainkan "peranan" sewaktu saya sedang menulis novel tersebut. Bagi yg telah memasukkan URL masing2, bolehlah lihat di dalam ruangan Penghargaan. Akhir kata, semoga terhibur di samping mendapat manfaat setelah membaca MK kerana ia memberi pengertian yg berbeza pada dimensi bernama blogosfera!

Book Fair 2008










Kiri: Bersama Shai, Yani & En Mat6.
Kanan: Kenangan terukir dgn novelis Alaf 21 yg memeriahkan Pesta Buku.










Kiri: Sempat berposing dgn Kujie serta anak2nya.
Kanan: Anak2 Rio turut menemani ayahanda mereka.










Kiri: Berfoto dgn geng forum cari.com yg begitu setia menyokong industri buku.
Kanan: Saya & Lily bersama Intan & Yan, antara pengunjung awal hari pertama.





Kiri: Intan & Diana (adik saya) menjadikan Pesta Buku lebih bermakna.
Kanan: Bersama isteri UncleJ & Kujie. Beginilah suasana di Ruang Legar PWTC.



Friday, April 4, 2008

Menanti Kasih


Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.

Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel...satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lamaran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang disayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.

Jadual BF

Saya akan berada di Pesta Buku bertempat di PWTC (Booth Alaf 21)
pada setiap hari (mulai 04 - 13 April 2008) kecuali:
Isnin, 07 April

Mulai jam 10.30 pagi hingga 6.30 ptg
~~Jumpa di sana, insyaAllah ~~

Tuesday, April 1, 2008

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez