Sunday, December 28, 2008
Tentang "arca Kasih'
Satu ketika, di hadapan saya melintas seorang lelaki yg boleh dikatakan segak. Dia membimbit baldi, penyapu dan beberapa peralatan rumah yg lain. Beberapa langkah di belakangnya, berjalan seorang wanita Inggeris berambut blonde. Adegan ini saya abadikan di dalam novel Arca Kasih.
Hendak tahu kisah menarik tentang novel ini? Nama heronya, Asmawi. Manakala heroinnya, Norasyikin. Mereka mengalami pelbagai rintangan dalam percintaan sebelum berjaya mencapai impian. Sikap Nora yg agak 'keras kepala' umpama cabaran bagi Asmawi untuk memikatnya.
Saya terpanggil untuk berbicara tentang novel ini sempena perkahwinan Mawi-Ekin seminggu yg lalu. Sungguh ironik sekali kerana nama mereka sama dengan watak-watak utama di dalam novel yg saya tulis (kali pertamanya) 28 tahun lalu!!
Monday, October 27, 2008
Novel Nukilan 3L
“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.Bagaimana dengan Meriam?
Monday, October 20, 2008
Arjuna Hati (2004)
Apa yg lebih menarik, di belakang cover novel ada kata2 Prof. Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya:
Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yg lebih menarik peristiwa2nya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri2 di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.
Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita semakin berani menjalankan eksperimen supaya para pembaca akan terdedah kepada proses globalisasi. Seringkali novel lebih berjaya memperkaya pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati sanubari manusia, manakala sejarah yg biasa disampaikan secara amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dapat mewujudkan perspektif yg real.
Mudah-mudahan Norzailina Nordin akan memperkenalkan pula tema2 lain yg akan membawa pembacanya ke dunia baru - lain daripada yg lazim mereka temui.
Sinopsis
Terbitan : Alaf 21 (2004)
Setebal : 400 mukasurat
Harga : RM14
Watak
1. Azahari (Sales Exec Sykt.Peralatan Sukan)
2. Natrah (sepejabat dgn Azahari)
3. Serena Swanson (arkeologis)
4. Alex Foxworth (ahli perniagaan)
Lokasi
Tanah Melayu sekitar 1854 hingga kini (Kuala Lumpur)
Zaman Victoria England hingga kini
Nota Menarik
Berdasarkan kisah benar keluarga NY yang diceritakan oleh neneknya
Membaca tentang kerja-kerja arkeologis di perpustakaan
Pengalaman berada di luar negara sekitar 1980-83
Melakukan penyelidikan sejarah secara terperinci di internet
Sinopsis
Dalam usaha Azahari membongkar misteri harta pusaka moyangnya Shabudin di York, England, dia telah terjerat dalam cinta terhadap Serena, anak gadis Swanson, peguam yang diamanahkan untuk menguruskan harta pusaka tersebut. Kerana menyedari dia bakal berhadapan pelbagai dugaan di rantau orang, Azahari menyediakan diri selengkapnya demi rasa tanggung jawab terhadap keluarga dan keturunan terdahulu. Namun berhasilkan misi pencarian Azahari terhadap pusaka tersebut? Bagaimana pula perasaan cintanya terhadap Natrah yang muncul pada saat-saat dia terpaksa menghadapi pembedahan kerana ulser yang serius.
Friday, September 5, 2008
Tawaran Istimewa!!
Sinopsis:
Kedatangan Junita ke Pesona I.D. menemukannya dengan Farid, bosnya yg muda dan kacak itu, tetapi tidak disenangi oleh Nik Anura yg sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farid. Namun Junita tidak gentar bersaing dan akhirnya dapat menawan hati jejaka itu.
Sanggupkah Nik Anura yg licik itu berdiam diri di Sydney dan merelakan Junita bahagia bersama Farid? Bagaimanakah pula reaksi lelaki itu apabila mengetahui Junita rapat dengan Hazriq ketika dia melanjutkan pelajaran (Masters) di London?
Konflik menjadi semakin tegang apabila keadaan memaksa Farid mendampingi Zaiton (seorang single mom) tatkala wanita itu mengalami masalah. Bagaimanakah kesudahan persengketaan ini? Novel ini pastinya akan menggetarkan naluri dan meruntun perasaan. Ada kesudahan yg memeranjatkan dan teka-teki yg akan terjawab akhirnya.
Untuk membuat pesanan
Sila hantar emel kepada norzailina@yahoo.com dan sertakan alamat penuh anda (atau kawan, sekiranya hadiah untuk mereka). Saya akan berikan butir-butir lanjut tentang kaedah pembayaran. Terima kasih.
Sunday, June 22, 2008
Resensi DBP
Pagi Sabtu di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Acara bermula jam 10 pagi. Saya memberi ulasan tentang novel karya Ali Jusoh, 'Antara Dendam dengan Perjuangan'. Setebal 717 muka surat, ia mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah menentang penjajahan Inggeris. Kisah bermula ketika Clifford menjadi Residen di Pahang (1902) hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Saya juga membentangkan novel 'Impian Terindah' dan berkongsi pengalaman dengan khalayak pendengar. Terima kasih pada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana memberikan peluang di majlis sedemikian. Pn Aizan (Keua PDM) menyampaikan cenderahati selepas tamat majlis. Sebahagian peserta yang tekun mendengar dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan penulisan.
Saturday, June 21, 2008
Novel Dhiya Zafira
Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.
Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka.
Bila manusia berselubungkan hati dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Mampukah Adni menemui cintanya semula?Adni - Kudamba Bahagia bersamamu. Selagi RINDU BELUM BERHENTI, aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.
Tahniah buat rakan novelis, Dhiya. Jom dapatkan di kedai! Pasti tidak kecewa membacanya...
Thursday, June 19, 2008
Masuk penjara...
Sebagai perbandingan, seramai 1670 penghuni sedang ditahan di sana. Hanya sebanyak 365 orang rakyat tempatan! Jadi, fikir2lah sendiri...Mereka diberi kemahiran yg akan membantu bila keluar dari situ. Antaranya, mendandan rambut, membuat & menghias kek, makanan frozen, sauna, menchanting batek, menjahit dll. Hasil kraftangan mereka dijual kepada pelawat.
Novelis Alaf 21 sedang mendaki untuk sampai ke pintu utama penjara. Kelihatan En Hashim Anang (dari Karangkraf) sedang rancak bercerita. Novelis2 (Lily, Rose, Meen Zulaika, Liza Zahira)disambut dengan mesra & girang oleh pegawai2 yg lengkap beruniform coklat, topi hitam. Ke mana2 kami pergi, kumpulan penghuni akan melaungkan "Selamat pagi, puan!" dengan kuat. Di situ ada gelanggang tenis. Suasana persekitaran begitu damai dan tenang.
Pemandangan bahagian pintu masuk utama ke Penjara Wanita & Lelaki (berasingan). Setiap koridor/laluan di dalam penjara berpintu pagar yg dikunci sepanjang masa & memerlukan kad identiti untuk membukanya. Penghuni berbaju merah adalah untuk tahanan lama manakala putih adalah untuk jangkamasa singkat. Ada juga berbaju ungu cerah dan hijau. Ketika kami pulang, ada kemasukan baru ke penjara. Seorang wanita muda yg dikenakan hukuman penjara sebulan kerana mencuri tudung. Wajahnya pucat & dia hampir rebah ketika berjalan. Mungkin trauma kerana terpaksa menjadi penghuni di situ...
Saturday, June 14, 2008
Jom ke DBP
Buku-buku yg bakal saya ulas adalah:
Marilah sama-sama kita menjayakannya...!!
Friday, June 6, 2008
Soal Selidik
1. Umur : …………………….
2. Tempat tinggal :…………...
3. Pendapatan sebulan : …………
4. Bilangan anak & umur : ……………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
5. Tarikh berpisah dengan suami : ………………..
6. Tempat tinggal bekas suami : …………………..
7. Berapa lama proses perceraian :
(a) Kurang 5 bulan
(b) Antara 6-12 bulan
(c) Lebih setahun
8. Adakah suami memberikan nafkah bulanan untuk anak-anak?
(a) Ya
(b) Tidak
9. Adakah nafkah tersebut mencukupi?
(a) Ya
(b) Tidak
10. Berapa kerap bekas suami berhubung dengan anak-anak?
(a) Kurang 5 kali sebulan
(b) Antara 6-10 kali sebulan
(c) Lebih 11 kali sebulan
11. Adakah bekas suami berkahwin lain?
(a) Ya
(b) Tidak
(c) Tidak tahu
12. Bagaimana perhubungan anda dengan bekas suami?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
13. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan bapa mereka?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
14. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan ibu tiri (jika ada)?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
15. Bagaimana perhubungan anak-anak dengan datuk/nenek sebelah bapa mereka?
(a) Baik
(b) Tidak Baik
16 Berapa kerap anda menghubungi bekas suami untuk berbincang hal anak-anak?
(a) Kurang 5 kali sebulan
(b) Antara 6-10 kali sebulan
(c) Lebih 11 kali sebulan
17. Pernahkah suami membawa anak-anak bercuti bersama keluarga barunya?
(a) Pernah
(b) Tidak pernah
18. Adakah anda berpendapat perhubungan anak-anak dengan bekas suami boleh
diperbaiki lagi?
(a) Ya
(b) Tidak
19. Siapakah yang anda hubungi jika ada masalah dengan bekas suami?
(a) Jiran
(b) Kawan-kawan
(c) Saudara-mara
(d) Adik-beradik
20. Sila beri komen (jika ada) : ………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………
Terima kasih kepada semua yg menjayakan survey ini.
Thursday, June 5, 2008
Update...
http://rajamenangis.blogspot.com/2008_03_01_archive.html
~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*~
Thursday, May 29, 2008
Malam di Dataran
Bagi mereka yg pernah membaca novel terbaru saya, Menanti Kasih, tentu tahu bahawa Kamel (hero kedua) ada bertemu dengan Farhana (heroin) di Dataran Merdeka. Beginilah panorama sekitar tempat itu pada waktu malam. Cahaya jutaan lampu-lampu kecil serta berwarna-warni memang indah. Bangunan Sultan Abdul Samad telah direka oleh A.C.Norman, dibina pada 1894, bercirikan senibina Moor. Bila menara di situ berbunyi, bibit nostalgia akan menghambat rasa kerana di situlah juga, tepat 31 Ogos, berkumandang laungan 'Merdeka' dari ribuan warga kota...
Monday, May 19, 2008
170508 Event
Novelis yg hadir bergambar bersama Junaidix, En Norden (Pengurus Besar Alaf 21) & Mersik (penulis novel bersiri Dol Leman). Saya bersama Junaidix (boss Msjbox) & wife terchenta, Carneyz yg sangat loving gitu. Meskipun terlewat, tetap happening...
Saya diapit Mersik (orang kuat Alaf 21 Fan Club) & Shali (dia & saya baru selesai menulis sebuah novel epik-sejarah). Kiri : AprilSnow, Silencez & NickyAzrai (forum cari.com) turut menceriakan suasana...thanks a million!
Teman2 yg meraikan, bersama Shaidah. Carriekirana berkongsi buah fikiran. Dia datang bersama rakan (kiri). Dr. Ana Maria (thanks kerana bawa Menanti Kasih untuk ditandatangani). Kehadiran kalian amat bererti buat saya. Ia sekaligus jadi medan untuk bertukar2 fikiran ke arah kebaikan & meningkatkan persefahaman di antara pembaca & penulis. Begitulah kira-kira.
Mengabadikan kenangan beramai-ramai di majlis santai namun penuh makna. Kiri: Puteri2 saya bersama puteri Lily & Eka serta Sunti sangat ringan tulang membantu apa yg patut. Seronok melihat mereka menyakat Haiqal, hehe...
Friday, May 9, 2008
Sambungan Penulisan
9.1 Datang dan hantar sendiri dengan tangan
9.2 Kirim dengan Poslaju/DHL dll
9.3 Membuat temujanji untuk bertemu Editor (hubungi melalui telefon terlebih dulu) di Pesta Buku, contohnya atau di pejabatnya atau di mana-mana tempat yg sesuai
9.4 E-mel kepada Editor (hanya untuk novelis tertentu yg tinggal di luar negara, misalnya, atau penulis tidak dapat menyerahkan sendiri atas sebab2 kesihatan, contohnya)
10. Surat penyesahan penerimaan
Sediakan 2 keping Surat Pengesahan Penerimaan. Satu untuk simpanan sendiri, satu untuk diserahkan pada Penerbit setelah ditandatangani oleh orang yang menerima manuskrip tersebut. Ia adalah BUKTI BERTULIS antara novelis dan Penerbit. Dengan adanya bukti tersebut, Penerbit tidak boleh menciplak karya atau menerbitkan secara senyap-senyap (selepas menukar nama novelis) tanpa memberikan bayaran pada novelis.
11. Langkah seterusnya
Prosedur setelah selesai menulis.
11.2 Berikan pada rakan baik untuk dibaca (seelok-eloknya, 150 mukasurat
pertama) untuk mendapatkan pandangan/rumusan atau penyudah novel
yang lebih mantap atau sesuai
11.3 Print seluruh manuskrip, binding, cover berkertas keras yang lain (plastik atas sekali)
12. Bila ada perubahan pada manuskrip
Editor akan memanggil anda ke pejabat atau menelefon untuk berbincang. Dia mungkin
akan cadangkan perubahan atau pengolahan semula. Apa perlu anda buat?
12.1 Bincang jika anda rasa, anda di pihak yang benar (merujuk pada novel)
12.2 Lakukan sebagaimana yang dipinta
12.3 Jangan ambil lebih dari 7 hari untuk membuat perubahan/rombakan atau
pemotongan jumlah mukasurat (jika didapati terlalu panjang, setelah lay-out dilakukan oleh Editor)
13. Perjanjian
Adalah sama untuk SEMUA NOVELIS yang bernaung di bawah Penerbit tersebut
13.2 Tentang HAKCIPTA, berapa tahun dipegang oleh Penerbit
13.3 Bagaimana pula untuk terjemahan, jika novel dijadikan filem atau drama?
14. Perhubungan dengan Editor atau Penerbit
Adakah sebagai rakan semata-mata ataukah bersikap profesional?
Monday, May 5, 2008
Sekitar Book Fair Kelantan
Kiri: Maskot Nuri & McD menceriakan suasana.
Kanan: Pesta Buku Kelantan yg berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Pengunjung berasak-asak untuk mencari buku dan novel kegemaran mereka. Ramai yg ingin memiliki novel terbaru saya MENANTI KASIH dan saya sempat menyarankan kepada mereka supaya menyertai Kuiz yg sedang berlangsung di blog saya.
Kiri: Suasana Pasar Siti Khatijah yg menjadi tumpuan ramai.
Kanan: Peniaga wanita menjual barang2 kemas di luar pasar.
Kiri: Pn Kamariah (kisahnya dlm novel 'Zuriat'), Marhaini & sepupunya sempat bergambar bersama saya pada hari pertama saya di sana. Pn Kamariah baru saja menjalani pembedahan katarak di mata kirinya.
Kanan: Bersama Cikgu Nor Bi & Pn Saadiah di hadapan KB Mall.
Kiri: Ibu Intan mengabadikan kenangan bersama saya. Dia juga membeli novel Impian Terindah.
Kanan: Saya & Anis bersama Wan Amalyn yg kami temui di Pesta Buku Kuala Lumpur. Terima kasih, dik, kerana membuat kami benar2 terasa kemesraan di sana..
Kiri: Kenangan dengan Cikgu Nor Bi & Anis Ayuni.
Kanan: Blogger Muzri turut memeriahkan suasana di Pesta Buku itu.
Tuesday, April 29, 2008
Pesta Buku Kelantan
Saturday, April 26, 2008
Panduan Berkarya
1. Format penulisan
1.1 Bab
- bermula dari 1
- bermula dengan Prolog / berakhir dengan Epilog
1.2 Mukasurat pertama bab
- kedudukan Bab
- kata-kata atau ungkapan khas (tajuk selepas bab)
- permulaan teks
1.3 Pemilihan font
- paling biasa: Times New Roman
1.4 Langkau 1.5 atau 2 baris?
1.5 Nombor mukasurat
- di bahagian tengah, bawah atau tepi kanan
1.6 Binding (yang mudah dibaca/dibuka)
- lazimnya, comb bind
2. Memilih tema
Bergantung pada sasaran pembaca yang boleh dikategorikan sebagai:
2.1 Kanak-kanak
2.2 Remaja (sasaran umur 13-18)
2.3 Remaja lepasan sekolah (unsur cinta, misalnya)
2.4 Umum (tentang famili, masalah keluarga/harta dll)
2.5 Berat (politik, ideologi, sejarah, keagamaan dll)
2.6 Dewasa (tidak sesuai remaja dll)
3. Penerbit buku :
Bergantung pada tema yang anda pilih di atas. Sesetengah penerbit hanya menerbitkan novel bertema tertentu. Beli dan baca novel yang dikeluarkan oleh penerbit tersebut sebelum membuat pilihan.
3.1 Penerbit tersohor
3.2 Penerbit baru
3.3 Penerbit yang disyorkan oleh rakan
3.4 Penerbit yang menganjurkan Peraduan Menulis Novel
4. Apa itu kajian atau research?
Sangat penting untuk meyakinkan pembaca bahawa anda menceritakan yang sebenar, bukan hanya berdasarkan angan-angan atau imaginasi semata-mata.
4.1 Sediakan ‘Workbook’ iaitu buku latihan berkulit keras
4.2 Senarai ‘Contacts’ (no.tel, e-mel)
4.3 Laman web di internet (website addresses)
4.4 Buku-buku rujukan di perpustakaan
4.5 Keratan akhbar/majalah
4.6 Catatan masa/tempat jika ada temujanji
5. Membina cerita
Merupakan ‘tulang belakang’ sesebuah novel. Ia boleh dirombak beberapa kali mengikut kesesuaian. Menjadi ‘panduan’ penting bila mula menulis novel iaitu mengelak dari ‘terbabas’ atau novel menjadi melalut.
5.1 Rangkakan, 1 bab = 8 mukasurat
Jadi, 60 bab = 480 mukasurat
5.3 Adjust mengikut kesesuaian episod
6. Kepentingan date-lines
Setiap novelis mempunyai pelbagai komitmen. Buat jadual mengikut kesesuaian tersendiri dan masa yang mampu diperuntukkan. Ini sebagai panduan:
6.1 Jika mampu menulis sehari 10 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 50 hari (kira-kira 2 bulan, tolak 10 hari ‘santai’)
6.2 Jika mampu menulis pada hujung minggu sahaja; 50 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 10 hujung minggu = 2½ bulan
6.3 Menulis ketika cuti semester (penuntut kolej, universiti). Mungkin sehari boleh
10 jam menulis?
7. Hilang tumpuan?
Dikatakan sebagai ‘Writer’s Block’ iaitu hilang tumpuan atau semangat. Ada pelbagai cara untuk mengatasinya. Sebagai contoh:
7.1 Membaca buku-buku ringan atau berunsur lucu
7.2 Menonton filem yang berbeza atau sama plotnya
7.3 Mendengar muzik yang mententeramkan perasaan
7.4 Bermain komputer games atau beriadah, bersukan (tidak terlalu memenatkan)
7.5 Sembahyang sunat dan berdoa semoga mendapat ilham
7.6 Anugerahkan diri sendiri setiap selesai menulis 10 atau 20 bab
8. Menjamin manuskrip selamat
Langkah penting yang tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah untuk mengelak daripada manuskrip hilang bila komputer rosak atau terkena virus.
8.1 Save sekerap yang mungkin semasa menulis
8.2 Cetak selepas setiap 10-15 mukasurat
8.3 E-mel manuskrip ke beberapa alamat sendiri (yahoo, gmail, office)
8.4 Cadangan fail untuk manuskrip. Bagi setiap 100 mukasurat, simpan di dalam fail berbeza (mudah untuk die-mel sebagai Attachment)
8.5 Save di dalam CD/pen-drive
Thursday, April 24, 2008
Ubah Tarikh Tutup
Oleh itu, saya lanjutkan tarikh tutup Kuiz Novel tersebut ke 30 Jun 2008. Selamat mencuba kepada semua...!!
Bagi sesiapa yg ingin membelinya pada kadar segera, boleh kirimkan alamat ke e-mel saya dan saya akan poskan.
Friday, April 18, 2008
Jumpa di Kota Bharu
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Rompak lagi...
Tuesday, April 15, 2008
Hasil rompakan...
Lagi foto sekitar KLIBF.
Kiri : Dari kiri, Meen, Umi Azrini, Rose, Damya, saya & Lily.
Bawah (kiri) : Hari terakhir, 13 April 08 yg penuh sejarah.
Bawah (kanan) : Bersama Mrs.Budin & puteri, Umi.
Terima kasih kepada semua yg menjadikan Pesta Buku 2008 sangat bermakna bagi diri saya...bak pepatah sekarang, 'sangat happening'....Penghargaan juga buat warga Alaf 21/Karangkraf & Marshall Cavendish (yg menganjurkan sesi di pentas TR2).
Hari2 Terakhir KLIBF 08
Kiri : Uiikks, sempat posing dengan Mr Bee yg handsome tu.
Kanan : Kawan2 Nazurah menggamatkan suasana pesta...banyak borong buku rujukan SPM, ahaks.
Kiri : Kenangan dgn Ramli Awang Murshid, novelis thriller no.1 di Msia.
Kanan : Jun yg sentiasa anggun datang menyemarakkan petang Sabtu yg sibuk.
Kiri : Bersama peminat yg membawa novel pertama saya yg terbit pada 1994.
Kanan : Pu3 (yg singgah dari klinik) secara kebetulan bertemu shai.
Kiri : Posing dengan Kevin yg gagah, ooppss...
Kanan : Bersama mentor, SN Dato' A.Samad Said
Kiri : Dgn Norfarahin Jamsari serta Chef Asri. Ada bicara tentang buku masing2 terbitan Marshall Cavendish di Pentas KLIBF.
Kanan : Tak lain tak bukan, bos MSJBOX, Junaidix & beloved mrs, carneyz.
Kiri : Bergambar dgn Fadli Al-Akiti, penulis Saga Horizon & Mersik (berdiri).
Kanan : Berdiri di belakang (dari kiri), Aleeya, Hezzy, Anis. Duduk: Dhiya, saya, Damya & Aisya.